About Me

Foto Saya
sabry azhary bry
datang dengan azam, balik dengan kejayaan
Lihat profil lengkap saya

Ahad, 2009 Februari 15

Abdullah Gymnstiar atau Aa Gym

Pada tanggal 31 Januari 2009,Masjid Al-Ridhuan telah menjemput pendakwah yang sangat tersohor dari Indonesia.Aa Gym menjadi popular kerana mengenalkan cara berdakwah yang unik dengan gaya teatrikal dengan pesan-pesan dakwah islami yang praktis dan umum diterapkan pada kehidupan sehari-hari.Maka dengan ini pengurusi masjid sangat tertarik dengan dakwah yang disampaikannya,diantara pesan-pesan dakwah berkisar pada pengendalian diri,hati nurani,tolerasi dan keteguhan iman.

Aa Gym digemari oleh ibu-ibu rumah tangga kerana ia membangun citra sebagai sosok pemuka agama yang berbeda ulamak lainnya.ketika para ulama' "konvensional" berdakwah tentang keutaman solat,puasa dan kemegahan syurga.Aa Gym memilih untuk bercerita tentang pentingnya hati yang tulus,keluarga yang sakinah dengan menggunakan bahasa yang sehari-hari yang ringan dan menyenangkan.
Penulis sempat bergambar dengan Aa Gym selalunya lihat di kaca TV,Alhamdulilah pada kali ini dapat bertatapan muka dan bersalaman.

Sabtu, 2009 Februari 14

Sabtu, 2009 Januari 17

Disini




Disini aku berdiri
mencipta satu impian
melakar satu kejayaan
menggenggam matlamat kehidupan


Disini aku berdiri
belajar menjadi seorang Insan
mengenal erti kehidupan
menyahut segala cabaran


Disini aku berazam
menjadi sorang Insan cemerlang
mencorak pemikiran gemilang
meraih kehidupan terbilang


Disini aku berjanji
selagi nyawa masih ada
selagi itu semangat ku terus berjaya

mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara

Jumaat, 2009 Januari 09

Kenangan manis di Cameron higtlands



Percutian di sini adalah percutian yang sungguh menarik sekali.Buat kali pertama pada tahun 2008 ini,saya bersama guru-guru serta pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Ridhuan pergi bercuti ke Cameron Higtlands selama 3 hari 2 malam.Kami pergi ke sana manaiki bas yang telah di sewa sejak beberapa hari yang lalu.



Perjalanan kami ke sana memakan masa selama 4 jam.pelbagai rintangan yang kami harungi bersama,ada yang hendak muntah,dan ada juga yang hendak buang air kecil kerana bas yang kami naiki tidak berhenti rehat seketika.



Sampailah kami di sini setelah 4 jam berlalu